99

Memaparkan catatan dengan label Tentang PPKI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tentang PPKI. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Mei 2010

LAWATAN SKPK BP....

Semalam kami didatangi oleh Pegawai dari JPN bahagian Pendidikan Khas, Tuan Haji Abdul Rahman.Terima kasih kerana melawat dan membibing kami. Banyak nasihat dan sokongan yang diberikan pada kami berhubung dengan program transisi yang di jalankan oleh PPKI SK Bandar.
Terima kasih daun keladi........

Susulan dari lawatan beliau kami menerima lawatan dari SKPK BP....Mereka di arahkan oleh pegawai dari JPN ke sekolah kami ....Kononnya belajo dengan kami yang dah lama jalankan program transisi.....

Apa itu transisi ?
Program yang menjalankan PN dan PM secara tidak formal .... Seperti masakan ,pertanian dan pertukangan...



Ucapan aluan oleh tuan GB Tn Hj Selamat ....... Selamat datang Warga SKPK BP


Masakan antararabangsa terkenal di SK Bandar ....Roti Arab (separap) dan Pendi Pizza....
Saja buat promote...




Bahan-bahan untuk pizza.... tak lawan pizza murid khas SK Bandar......




Aksi anak-anak istimewa menguli tepung dan membentuk doh......









SEKITAR KE TANJUNG PIAI...

Seperti biasa Rutin Tahunan PPKI SK Bandar mengadakan lawatan sambil belajar ....
Pada tahun ini PPKI ke Tanjung Piai Pontian.



Sila baca di atas.... Banggaku...Spoil pakai seliper...


Sebelum bertolak....Driver pun nak bergaya juga...

Sentiasa bergaya....



Bergaya sakan cikgu2 ni.... anak murid entah hilang ke mana.....


Gambar kenangan di sana....


Jagalah sikit kebersihan ..... persiapan untuk BBQ

Tukang masak terkenal seantero PPKI..

Murid menjalankan aktiviti...


Murid mengumpul daun di sekitar tapak dan nak tinggikan lagi badan lah konon tu....


Mendirikan khemah, latihan ala tentera


Di antara tempat menarik yang terdapat di Tg Piai



Isnin, 12 April 2010

SESSI KAUNSELING .....






Anak-anak ni bila kita suruh PJ.... kejap je dah bosan... apa lagi si abang ni buat sessi kaunseling lah untuk kawan2 dia ... macam ye ye aje...

SESSI BERGAMBAR ANAK ISTIMEWA....

Betapa sukarnya....nak suruh posing pun boleh naik darah kita dibuatnya....

Senyumlah sikit bang.....sudah-sudah lah tu....beri giliran kawan2 lain lah pulak...
ya lah ke sekolah macam Chipmore.....kejap ada, kejap tak de...


Steady Chin Chan...
Huah huah... cikgu ke murid yang nak bergaya....
apa2 pun tahniah utk kita menjaga anak istimewa....

KEMAHIRAN MENGIRA .....BISNES AIR SOYA...

Mengira duit hasil jualan air soya.... wah macam untung ribuan ringgit gitu... siap guna calculator lagi...


Hush... posing lah pulak, pantang jumpa camera depa ni....

TRNSISI MASAKAN BERSAMA ANAK-ANAK PENDIDIKAN KHAS....

Ini lah aksi anak-anak didikku yang istimewa....

Anak istimewa.... Hafizi, Md Nor, Shuhada, Amirul dan Aimil....

Hati-hati, minyak panas tu.....

Wah , siapa yang makan sayur ni mesti terkenang-kenang masakannya.... Tahniah , Mohd Nor...
He He... masinnya , macam garam se lori tumpah...

Sabtu, 6 Mac 2010

GURU PENYAYANG... AWAS JANGAN TERLEBIH.
















Ini namanya Cikgu Najib, LELAKI MELAYU TERAKHIR yang baru masuk ke Kelab KIPK SK Bandar....Baru berpindah dari Hujung Benua Asia... kat mana ye, Tanjung Pengharapan ke, Brunei , Australia or mana....

He he ... dekat Tanjung Piai Pontian je.....

Tahniah Cikgu Najib, you memang layak dan dialu-alukan di KIPK SK Bandar.... Ramai anak2 didik yang memerlukan khidmat kor.....

Gambar ni pose istimewa dari Anisah..... Seronok aku n family melihat pose istimewa Cgu Najib n Anisah ni....

" Abang Naaajiiiibbb..... " huah huah....






KIPK BERSUKAN DAN BERNIAGA......











Hari Khamis (4.3.2010)
KIPK daerah B Pahat telah mengadakan kejohanan olahraga di SMK Dato Onn.

Setelah dua minggu berlatih bersama anak2 KIPK yang sangat istimewa tu, maka sampailah hari yang ditunggu-tunggu.

Pagi-pagi lagi semua murid telah berkumpul untuk pergi ke SMK Dato Onn. Semua guru KIPK SK Bandar serta PPM turut serta... meriah gitu...

Sepuluh orang murid telah mengambil bahagian. Xcited ni, nak bersukan.... Semua murid2 memakai baju sukan berwarna merah...GARANG lah tu kononnya....

Cikgu2 pun tak kurang juga bergaya dengan baju birunya..... maklumlah koleksi baju KIPK SK bandar ni banyak macam kedai baju sukan.... ( jangan marah kengkawan )
Bertanding tetap bertanding, menang kalah adat pertandingan, tak pe biar menang sorak n menang niaga....

Lupa pulak nak cerita yang kami semua membuat projek niaga air soya.... biasalah siapa lagi bosnya kalau bukan cikgu fendy..... Anyway tq kawan2 Cikgu Niah,cikgu Aisyah, Cg Ayu n PPM yang membantu membuat resepi AIR SOYA FENDY....
Hebat sambutannya... Kira gerai terlarislah.... tak menang tangan lah orang kata. Alhamdulillah rasanya semua yang hadir ke Sukan tersebut dapat rasa keenakannya...( bukan free tp berbayar ha ha )
Terima kasih JURUACARA sukan tersebut sbb bantu promosi.... InsyaAllah kita jumpa lagi di tahun hadapan.

Tapi kalau teringin sangat nak rasa datanglah ke KIPK SK Bandar setiap hari Rabu, kerana kami ada menjalankan Program Transisi.








PRODUK MADU PRM - HUBUNGI 010 7199265 / 010 7199256

PRODUK MADU PRM - HUBUNGI  010 7199265 / 010 7199256
Kembalilah kepada Sunnah Yang Mulia , MADU dan SAWDA' - Tetaplah kamu berubat dengan MADU dan HABBATUS SAWDA' , kerana sesungguhnya ia mengandungi Penyembuh bagi setiap penyakit kecuali Mati.