99

Sabtu, 6 Mac 2010

KIPK BERSUKAN DAN BERNIAGA......











Hari Khamis (4.3.2010)
KIPK daerah B Pahat telah mengadakan kejohanan olahraga di SMK Dato Onn.

Setelah dua minggu berlatih bersama anak2 KIPK yang sangat istimewa tu, maka sampailah hari yang ditunggu-tunggu.

Pagi-pagi lagi semua murid telah berkumpul untuk pergi ke SMK Dato Onn. Semua guru KIPK SK Bandar serta PPM turut serta... meriah gitu...

Sepuluh orang murid telah mengambil bahagian. Xcited ni, nak bersukan.... Semua murid2 memakai baju sukan berwarna merah...GARANG lah tu kononnya....

Cikgu2 pun tak kurang juga bergaya dengan baju birunya..... maklumlah koleksi baju KIPK SK bandar ni banyak macam kedai baju sukan.... ( jangan marah kengkawan )
Bertanding tetap bertanding, menang kalah adat pertandingan, tak pe biar menang sorak n menang niaga....

Lupa pulak nak cerita yang kami semua membuat projek niaga air soya.... biasalah siapa lagi bosnya kalau bukan cikgu fendy..... Anyway tq kawan2 Cikgu Niah,cikgu Aisyah, Cg Ayu n PPM yang membantu membuat resepi AIR SOYA FENDY....
Hebat sambutannya... Kira gerai terlarislah.... tak menang tangan lah orang kata. Alhamdulillah rasanya semua yang hadir ke Sukan tersebut dapat rasa keenakannya...( bukan free tp berbayar ha ha )
Terima kasih JURUACARA sukan tersebut sbb bantu promosi.... InsyaAllah kita jumpa lagi di tahun hadapan.

Tapi kalau teringin sangat nak rasa datanglah ke KIPK SK Bandar setiap hari Rabu, kerana kami ada menjalankan Program Transisi.








Tiada ulasan :

Catat Ulasan

PRODUK MADU PRM - HUBUNGI 010 7199265 / 010 7199256

PRODUK MADU PRM - HUBUNGI  010 7199265 / 010 7199256
Kembalilah kepada Sunnah Yang Mulia , MADU dan SAWDA' - Tetaplah kamu berubat dengan MADU dan HABBATUS SAWDA' , kerana sesungguhnya ia mengandungi Penyembuh bagi setiap penyakit kecuali Mati.