99

Khamis, 19 Disember 2013

MADRASAH TAHFIZ AL-QURQN AL- FURQAN.

 SEMOGA DUA ANAK YANG PALING KECIL AKAN BELAJAR DI TEMPAT INI SUATU HARI NANTI...










Selasa, 10 Disember 2013

MENSYUKURI NIKMAT ALLAH...





Allah SWT berfirman dalam QS. Ibrahim ayat 2 yang ertinya: "Semua yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah".
Apabila dikaji lebih jauh, makna ayat tersebut adalah manusia dan semua mahluk ciptaan Allah hanya mendapatkan "pinjaman" saja. Tidak ada sesuatu yang patut dibanggakan oleh mahluk melebihi kekuasaan penciptaNYA. Oleh karena status kepemilikan segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah, maka sebagai "peminjam" suatu saat nanti harus dikembalikan atau diambil kembali oleh “ Yang Maha Memiliki “.
Dalam maksud  inilah, tidak sepatutnya manusia mengingkari betapa besar kurnia Allah SWT kepada manusia dengan bersikap misalnya: sombong, tinggi diri, takabur, dan lain sebagainya.
Sebagai peminjam yang baik, kita seharusnya menyayangi , menghargai dan menjaga pinjaman tersebut dengan baik.
Makhluk perlu  mensyukuri ni'mat Allah dengan lisan dan perbuatan.

Selanjutnya Alah berfirman dalam QS.Ibrahim ayat 7 :  yang ertinya "sesungguhnya jika (kamu) bersyukur pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu. Dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU) maka sesungguhnya azab-KU akan sangat pedih".

Makna ayat tersebut secara sederhana dapat diertikan, adanya ganjaran bagi yang melakukan (syukur nikmat), namun ada hukuman bagi yang tidak melakukan (kufur nikmat).
Hingga ke hari ini fahamkah kita akan maksud syukur itu kerana  rasa syukur itulah yang akan membuat manusia menemukan cahaya illahi dalam kehidupannya.


Ada beberapa cara untuk kita mensyukuri nikmat Allah :
1. Bersyukur dengan hati dan perasaan
2. Bersyukur dengan lisan
3. Bersyukur dengan perbuatan
4. Bersyukur dengan harta benda

Dengan mensyukuri nikmat Allah InsyaAllah kita makhluk akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Dan janji Allah apabila kita mensyukuri nikmatnya Allah akan limpahkan lagi nikmat yang dikurniakan. Jangan lah kita meragui lagi nikmat  dan kurniaan Allah kepada kita makhluk serta alam ini, kerana contoh paling mudah tanpa nikmat udara, nikmat , kesihatan, nikmat kasih saying belum tentu kita ada sekarang dengan sempurna.

Isnin, 9 Disember 2013

JOM SERVIS BADAN DI ARKED MARA BP

 Berurut setelah penat bekerja....Mereka ni buta matanya tapi celik hatinya... Mereka mencari rezeki dengan mengurut badan dan urut refleksi. Bagi  'pesakit' lelaki yang mengurut lelaki manakala yang permepuan pula diurut oleh pengurut perempuan.







Menunggu giliran sambil membaca .... mereka borak boleh tahan... maklumlah mulut mereka sempurna kan.
Bersedialah ya kerana mereka ni mengurut macam nak bertinju... semua di gunakan nya... jari, ibu jari, buku jari, tapak tangan dan siku... memang betul2 servis lah ....Kebetulan hari ini cuma berurut repleksi sahaja sementara menunggu 'mem' ni berurut di dalam....Pertama kali dulu rasa macam nak meraung jugalah... Banyak urat bersimpul katanya sebab tu sakit...Banyak batu kerikil kat badan urat katanya...

Sabahagian dari mereka....Ramai sebenarnya mereka ni... dan sekarang ada buka cawangan baru pula di Taman Maju.
Mereka yang pernah servis di sini rasanya tidak akan berfikir panjang untuk datang lagi , walaupun harga macam mahal tapi berbaloi.....


Jumaat, 6 Disember 2013

MEM"BOWLING ".....








Bukannya minat sangat pun cuma nak melayan " mem " ni lah ... nak belajar membowling lah konon

 Orang kalau baru nak belajar gunalah bola saiz kecil ini saiz 12... kadang2 saiz 13....

... macam2 layankan ajer lah..Sudahnya hingga ke la lutut  ' mem'  sakit sebab terkedu semasa berbowling tu...












Anak2 lah yang paling riang ria sebenarnya, kita dah tua ni skill pun tak de.... tapi sesekali strike ni ok juga...


Ahad, 1 Disember 2013

BERSIN

Bila asyik terbersin ni terasa pulak nak mencari maklumat dari mr google berkaitan bersin.
Dan ini adalah dapatan yang ingin ku kongsikan berkaitan bersin yang didapati dari WIKIPEDIA.




Bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Ia biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang mengganggu mukosa hidung. Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus, dan boleh mendorong kepada penyebaran penyakit.


Maklumat berkaitan

Bersin merupakan tindak balas penyesuaian kerana ia menyingkir hingus yang mengandungi zarah atau gangguan asing dan membersihkan rongga hidung. Semasa bersin, lelangit ("palate") lembut dan uvula lendut sementara belakang lidah menaik bagi menutup separa laluan ke mulut agar udara yang disingkirkan dari paru-paru boleh dikeluarkan melalui hidung. Oleh kerana penutupan muluh adalah separa, sejumlah besar udara ini biasanya turut dikeluarkan melalui mulut. Kekuatan dan tahap penyingkiran udara melalui hidung berbeza.


Bersin biasanya berlaku apabila zarah asing atau pencetus luaran yang mencukupi melalui bulu hidung untuk sampai ke hingus hidung. Ini mencetus pengeluaran histamine, yang mengganggu sel saraf dalam hidung, menyebabkan isyarat dihantar ke otak bagi memulakan bersin melalui jaringan saraf trigeminal. Otak kemudian mengaitkan isyarat awal ini, mengaktifkan otot pharynx dan trakheal dan membuka luas rongga hidung dan mulut, menyebabkan pembebasan udara dan zarah biologi yang kuat. Kekuatan semulajadi bersin dikaitkan dengan pembabitan pelbagai organ pada bahagian atas badan – ia adalah tindak balas reflek yang membabitkan otot muka, kerongkong dan dada.
Bersin juga boleh dicetus oleh penggalak saraf hidung yang disebabkan oleh jangkitan hidung dan alahan.
Selain zarah asing yang mengganggu, alahan atau penyakit yang mungkin, satu lagi pencetus adalah pendedahan mengejut kepada cahaya terang - satu keadaan yang dikenali sebagai reflek bersin photik ("cahaya").
Pencetus yang lebih jarang, dilihat pada sesetengah individu, adalah perut yang penuh selepas banyak makan. Ini dikenali sebagai snatiation dan dianggap kecacatan perubatan yang diwarisi secara genetik sebagai kecenderungan dominan autosomal.

Bersin tidak boleh berlaku semasa tidur disebabkan REM atonia - keadaan badan di mana motor neuron tidak dirangsang dan isyarat tindak balas tidak dihantar ke otak. Penggalak luaran yang mencukupi, bagaimanapun, mungkin menyebabkan seseorang sedar dari tidur untuk bersin, sungguhpun sebarang bersin yang berlaku selepas itu hanya berlaku dengan keadaan minimanya separa sedar.


Sungguhpun secara umumnya tidak merbahaya pada individu sihat, bersin menyebarkan penyakit melalui titisan semburan berjangkit, biasanya antara 0.5 hingga 5 µm. 40,000 titisan boleh dihasilkan melalui bersin
 
Contoh langkah pencegahan adalah: 
menghembus sepenuhnya keluar udara dalam paru-paru yang jika tidak akan digunakan bagi bersin, menahan nafas sambil mengira sehingga sepuluh, mengerut hidung dan mengekalkan mata terbuka, atau memicit perlahan batang hidung selama beberapa saat.

Kaedah terbukti bagi mengurangkan bersin biasanya  bagi mengurangkan interaksi dengan pencetus, seperti menyimpan haiwan peliharaan di luar rumah bagi mengelakkan bulu haiwan tersebut; memastikan penyingkiran kotoran dan habuk secara berterusan dan tepat pada masanya melalui penjagaan rumah yang baik; menukar penapis bagi pendiang api dan unit pengendali udara; peranti penapis udara dan pelembap "humidifier"; dan mengelakkan dari zon perindustrian dan pertanian. 


 Sesetengah orang bagaimanapun mendapati bersin menyeronokkan dan tidak ingin mengelakkannya




Sabtu, 30 November 2013

PROGRAM AKHIR TAHUN PPKI SK BANDAR...



Diam tak diam sudah 15 tahun berkhidmat di SK Bandar dalam Bidang PPKI...Pahit , Manis, Maung , Kelat, - Lelah , Penat, Letih, Gembira , Tertipu , Terpedaya, terjebak , Dihargai , Dipuji dan entah apa lagi yang dirasa oleh kita makhluk Tuhan telah ku rasakan sepanjang berkhidmat di sini...

Namun di sini tempat ku mencari rezeki, di sini Allah hantarkan ku untuk menikmati setiap rasa itu. Redha dan menerima semua perkara dengan rasa syukur ....
Alhamdulillah anak-anak PPKI ini memang istimewa...
Dan sebelum akhir tahun 2013 satu mejlis meraikan mereka yang akan ke sekolah menengah telah kami jalankan ...
Tahniah untuk mereka kerana akan melalui fasa baru... Semoga Allah akan memberi jalan yang mudah kepada mereka...

Rabu, 27 November 2013

KEM BERSAMA ANAK-ANAK PPKI SK BANDAR PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT - TELOK GOREK MERSING


Bersama anak-anak istimewa kita pun turut jadi istimewa sama.
Walau tidak menang apa-apa pertandingan tetapi mereka cukup gembira dengan pendedahan yang diterima.

















PRODUK MADU PRM - HUBUNGI 010 7199265 / 010 7199256

PRODUK MADU PRM - HUBUNGI  010 7199265 / 010 7199256
Kembalilah kepada Sunnah Yang Mulia , MADU dan SAWDA' - Tetaplah kamu berubat dengan MADU dan HABBATUS SAWDA' , kerana sesungguhnya ia mengandungi Penyembuh bagi setiap penyakit kecuali Mati.