99

Selasa, 26 November 2013

SEMAK AMALAN....





Apalah erti meniti kehidupan ini tanpa mengharap keredhaan dariNYA...
Sungguhnya..cinta Illahi  terletaknya erti kehidupan abadi mengatasi semua kecintaan...kita juga tidak pernah cuba malah takut utk menginsafi diri kita... sedarlah....kita dilahirkan  dari setitis air mani... lantaran kehinaan diri kita ini..sedikitpun kita tidak layak untuk mendapat kecintaanNya..



Alangkah jahilnya kita...dalam menghargai erti cinta Ilahi yang sudi dicampakkan kepada kita.....andai pengalaman kita selama ini semata-mata mengharapkan syurgaNya dan takutkan AzabNya....Susahkah buat kita untuk mengikhlaskan niat untuk beramal semata-mata keranaNya....sebagai lambang kecintaan kepada Yang Maha Esa..sepertimana kecintaan Rabiatul Adawiyah pada KHALIQNYA..



Andai kita membuka minda..merenung jauh ke dalam diri kita....menghayati skrin yang memaparkan gunung-gunung dosa yang kita timbunkan sebagai balasan untuk segala kasih sayang Ar-Rahman terhadap kita...
Betapa rendahnya sikap kita terhadap Pencipta.....Subhanallah....inikah balasan kita pada Sang Pencipta yang menciptakan kita sejurus mengurniakan segala macam nikmat yang tidak terkira buat kita...???



Subhanallah..layakkah kita untuk menghuni taman-taman syurga yang dikelilingi segala macam kenikmatan dan keindahan yang tak mungkin secebispun boleh kita perolehi di dunia fana ini....
Sungguh kerdil dan hinanya diri kita ini....namun sahabat...sedarilah..dan yakinlah bahawa pintu taubat sentiasa terbuka buat hambaNya yang betul2 berazam untuk kembali ke pangkal jalan....menyinari jalan yang gelap dengan NUR KEIMANAN..ameen...
InsyaAllah..letaklah segala pengharapan padaNYa....

Hanya Dia yang mengetahui segala isi hati hamba-hambaNYA.....Semoga sisa-sisa hidup yang masih berbaki ini...boleh kita gunakan untuk mengisi kekosongan jiwa dan hati kita dengan alunan irama indah KALAMULLAH.&.ZIKRULLLAH....
Malah..boleh untuk kita sirami dan bajai hati kita dengan air mata keinsafan.....atas segola dosa dan tittik-titik hitam yang pernah kita taburi pada hati kita.....Semoga kita akan ditempatkan bersama-sama mereka yang menyinari hidupnya dengan NUR ISLAM......INSYAALLAH....Ameen...


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

PRODUK MADU PRM - HUBUNGI 010 7199265 / 010 7199256

PRODUK MADU PRM - HUBUNGI  010 7199265 / 010 7199256
Kembalilah kepada Sunnah Yang Mulia , MADU dan SAWDA' - Tetaplah kamu berubat dengan MADU dan HABBATUS SAWDA' , kerana sesungguhnya ia mengandungi Penyembuh bagi setiap penyakit kecuali Mati.