99

Khamis, 29 April 2010

TEGUR ATAU DIAM




Apa yang kita lakukan apabila melihat seorang rakan melakukan kemungkaran sewenang-wenangnya? Adakah kita hanya akan berdiam diri, lihat sahaja atau mengambil usaha menegurnya?


Rasulullah bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azabNya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya.”(Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)


Membiarkan perlakuan maksiat merupakan satu dosa. Perbuatan ini akan mengundang bala daripada Allah yang akan menimpa bukan sahaja ke atas pelaku maksiat semata-mata tetapi terhadap semua anggota masyarakat.


Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan adalah satu bentuk tanggungjawab sosial. Ini bukanlah untuk menjaga hal ehwal (tepi kain) orang lain, tetapi sebaliknya untuk memelihara kepentingan bersama kerana keharmonian dan ketenteraman dalam masyarakat dapat menjamin kehidupan yang aman dan damai bagi seluruh penduduk sekitarnya.


Peranan seorang Muslim mukmin yang sebenar sepatutnya menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar serta mencegahnya, bukan terus duduk bersama orang yang berbuat maksiat kerana itu seolah-olah menunjukkan bahawa mereka redha dengan maksiat dan kekufuran yang dilakukan.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

PRODUK MADU PRM - HUBUNGI 010 7199265 / 010 7199256

PRODUK MADU PRM - HUBUNGI  010 7199265 / 010 7199256
Kembalilah kepada Sunnah Yang Mulia , MADU dan SAWDA' - Tetaplah kamu berubat dengan MADU dan HABBATUS SAWDA' , kerana sesungguhnya ia mengandungi Penyembuh bagi setiap penyakit kecuali Mati.