99

Ahad, 18 April 2010

SYAIR NASIHAT



KEPADA ALLAH TAKUT DAN TAAT

Kepada Allah takut dan taat
Segala perintah Allah dipatuhi dibuat
berserah bertawakal setiap saat
Usah diikut jalan yang sesat


Al Quran dan hadith jadikan sahabat
Iman dan Takwa jadikan ubat
Berpegang pada hukum syariat
Bertera pada tauhid makrifat


Contohi akhlak Nabi Muhammad
Perkukuhkan ukhwah sesama umat
Ilmu dan amal sentiasa di ingat
Berbakti berjasa kepada masyarakat


Jangan sesekali berbuat jahat
Hindari segala dosa maksiat
Jika terlanjur segera bertaubat
Sementara sempat sebelum terlambat


Ilmu dan Iman seiringkan erat
Jaminan bahagia dunia akhirat
Kepada Allah berdoa bermunajat
Yakin pasrah tercapai hajat



dipetik dari
Ehsan Jamili

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

PRODUK MADU PRM - HUBUNGI 010 7199265 / 010 7199256

PRODUK MADU PRM - HUBUNGI  010 7199265 / 010 7199256
Kembalilah kepada Sunnah Yang Mulia , MADU dan SAWDA' - Tetaplah kamu berubat dengan MADU dan HABBATUS SAWDA' , kerana sesungguhnya ia mengandungi Penyembuh bagi setiap penyakit kecuali Mati.