PERKARA YANG RASULULLAH SUKAI BERBANDING SOLAT SUNAT
Abu Laith As Samarqandi meriwayatkan hadis yang bersandarkan daripada Anas bin Malik, suatu peristiwa berlaku dialog di antara Anas radhillahu anhu dengan Nabi salallahu'alaihiwasalam :
Anas : Ya Rasulullah, manakah yang lebih engkau sukai; sepotong roti yang disedekahkan atau solat sunat 100 rakaat?
Rasulullah : Sepotong roti yang disedekahkan lebih aku sukai daripada solat sunat 200 rakaat.
Anas : Ya Rasulullah, manakah yang lebih engkau sukai; menyampaikan hajat seorang muslim atau solat sunat 100 rakaat?
Rasulullah : Menyampaikan hajat seseorang muslim lebih aku sukai daripada solat sunat 1,000 rakaat.
Anas : Ya Rasulullah, manakah yang lebih engkau sukai; meninggalkan sesuap makanan yang haram atau solat sunat 1,000 rakaat?
Rasulullah : Meninggalkan sesuap makanan haram lebih aku sukai daripada solat sunat 2,000 rakaat.
Anas : Ya Rasulullah, manakah yang lebih engkau sukai; meninggalkan ghibbah (mengumpat/menyebut kekejian) akan seseorang atau solat sunat 1,000 rakaat?
Rasulullah : Meninggalkan ghibbah lebih aku sukai daripada solat sunat 10,000 rakaat.
Anas : Ya Rasulullah, manakah yang lebih engkau sukai; menyampaikan hajat (membantu) seorang wanita janda atau solat sunat 10,000 rakaat?
Rasulullah : Menyampaikan hajat (membantu) seorang wanita janda lebih aku sukai daripada solat sunat 30,000 rakaat.
Anas : Ya Rasulullah, manakah yang lebih engkau sukai; duduk berbual dan bermesraan dengan keluarga (isteri dan anak-anak) atau iktikaf di masjid?
Rasulullah : Duduk sesaat dengan anak dan isteri lebih aku sukai daripada iktikaf di dalam masjid aku (Masjid Nabawi).
Anas : Ya Rasulullah, manakah yang lebih engkau sukai; mengeluarkan belanja untuk keluarga atau untuk jihad fi sabilillah?
Rasulullah : Satu dirham dibelanjakan untuk keluarga lebih aku sukai daripada belanja untuk jihad fi sabilillah.
Anas : Ya Rasulullah, manakah yang lebih engkau sukai; berbakti kepada kedua ibu atau beribadah 1,000 tahun?
Rasulullah : Wahai Anas, telah tiba hak dan musnahlah segala kebatilan, sesungguhnya yang batil itu pasti musnah, adalah berbakti kepada ibu bapa lebih aku sukai daripada ibadat 2 juta tahun
YA ALLAH, BETAPA SIFAT NABI, AMAT MEMENTINGKAN SIFAT IKRAM MUSLIMIN.....
Tiada ulasan :
Catat Ulasan