99

Jumaat, 26 Februari 2010

KHUTBAH TERAKHIR NABI...

* Khutbah terakhir Baginda Rasulullah SAW*di Malaysia 5 jam lebih awal (terdahulu) dari di Mekah*
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Sesungguhnya kematian @ detik roh berpisah keluar dari jasad adalah menyakitkan.Baginda Rasulullah SAW telah merasakannya ketika Izrail menjalankan tugasnya lantas didorong oleh rasa kasih sayang Baginda Rasullah SAW kepada umatnya,Baginda memohon agar kita (umatnya) diringankan kesakitan masa kematian itu dan selebihnya kesakitan itu dipindahkan kepada Baginda !!! Aduhaiii ...agungnya kasih sayang Baginda kepada kita,ummatnya.Masih ingat Khutah Wida Baginda Rsuullah SAW kepada kita ummatnya.manusia sebagai
Tarikh : 9 Zulhijjah Tahun 10H (1420 tahun yang lalu)Masa : Antara waktu Zohor dan AsarTempat : Lembah Uranah,Bukit Arafat,Makkatul MukarramahKetika itu Rasulullah SAW mengerjakan ibadah hajinya yang terakhir, Baginda telah menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin,yang dikenali sebagai Khutbah Wida' atau Khutbah Perpisahan.Di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:“Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemilik yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak keatas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, sembahlah ALLAH s.w.t, dirikanlah sembahyang lima kali sehari,berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ‘Ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyam paikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.Saksikanlah ya ALLAH,bahawasanya telah aku sampaikan”

Nota : selaras dengan arahan Rasulullah SAW itu,apabila anda membaca salinan khutbah ini maka tertunailah amanah dan juga tanggungjawab ku untuk menyampaikannya kepada sesiapa yang belum mengetahuinya sebelum ini,Insha Allah!Detik ini di suasana petang yang harapkan berkat seakan petang di Padang Arafah,aku memanjat solat taubat dan solat hajat.Semoga taubat nasuha ku diterima Illahi dan dimakbulkan hajat untuk men jadikan detik ini permulaan langkah pertama dalam perjalanan ku ke destinasi insan yang bertakwa dan istiqamah ikhlas beribadah semata-mata mengharapkan keredhaan Nya,Insha Allah!

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

PRODUK MADU PRM - HUBUNGI 010 7199265 / 010 7199256

PRODUK MADU PRM - HUBUNGI  010 7199265 / 010 7199256
Kembalilah kepada Sunnah Yang Mulia , MADU dan SAWDA' - Tetaplah kamu berubat dengan MADU dan HABBATUS SAWDA' , kerana sesungguhnya ia mengandungi Penyembuh bagi setiap penyakit kecuali Mati.