Dan ini adalah dapatan yang ingin ku kongsikan berkaitan bersin yang didapati dari WIKIPEDIA.
Bersin merupakan pengeluaran udara yang
bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Ia
biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang mengganggu mukosa hidung. Bersin
juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang
agak penuh, atau jangkitan virus, dan boleh mendorong kepada penyebaran
penyakit.
Maklumat berkaitan
Bersin
merupakan tindak balas penyesuaian kerana ia menyingkir hingus yang mengandungi
zarah atau gangguan asing dan membersihkan rongga hidung. Semasa bersin,
lelangit ("palate") lembut dan uvula lendut sementara belakang lidah
menaik bagi menutup separa laluan ke mulut agar udara yang disingkirkan dari
paru-paru boleh dikeluarkan melalui hidung. Oleh kerana penutupan muluh adalah
separa, sejumlah besar udara ini biasanya turut dikeluarkan melalui mulut.
Kekuatan dan tahap penyingkiran udara melalui hidung berbeza.
Bersin juga boleh dicetus oleh penggalak saraf hidung yang disebabkan oleh jangkitan hidung dan alahan.
Selain zarah asing yang mengganggu, alahan atau penyakit yang mungkin, satu lagi pencetus adalah pendedahan mengejut kepada cahaya terang - satu keadaan yang dikenali sebagai reflek bersin photik ("cahaya").
Pencetus yang lebih jarang, dilihat pada sesetengah individu, adalah perut yang penuh selepas banyak makan. Ini dikenali sebagai snatiation dan dianggap kecacatan perubatan yang diwarisi secara genetik sebagai kecenderungan dominan autosomal.
Bersin tidak boleh berlaku semasa tidur disebabkan REM atonia - keadaan badan di mana motor neuron tidak dirangsang dan isyarat tindak balas tidak dihantar ke otak. Penggalak luaran yang mencukupi, bagaimanapun, mungkin menyebabkan seseorang sedar dari tidur untuk bersin, sungguhpun sebarang bersin yang berlaku selepas itu hanya berlaku dengan keadaan minimanya separa sedar.
Sungguhpun
secara umumnya tidak merbahaya pada individu sihat, bersin menyebarkan penyakit
melalui titisan semburan berjangkit, biasanya antara 0.5 hingga 5 µm.
40,000 titisan boleh dihasilkan melalui bersin
Contoh langkah pencegahan adalah:
menghembus sepenuhnya keluar udara dalam paru-paru yang jika tidak akan digunakan bagi bersin, menahan nafas sambil mengira sehingga sepuluh, mengerut hidung dan mengekalkan mata terbuka, atau memicit perlahan batang hidung selama beberapa saat.
Kaedah terbukti bagi mengurangkan bersin biasanya bagi mengurangkan interaksi dengan pencetus, seperti menyimpan haiwan peliharaan di luar rumah bagi mengelakkan bulu haiwan tersebut; memastikan penyingkiran kotoran dan habuk secara berterusan dan tepat pada masanya melalui penjagaan rumah yang baik; menukar penapis bagi pendiang api dan unit pengendali udara; peranti penapis udara dan pelembap "humidifier"; dan mengelakkan dari zon perindustrian dan pertanian.
Sesetengah orang bagaimanapun mendapati bersin menyeronokkan dan tidak ingin mengelakkannya
Tiada ulasan :
Catat Ulasan