Kadang-kadang kita melihat ada sesetengah orang yang solat di dalam masjid dengan pakaian yang kotor, buruk dan koyak atau pakaian yang mengundang bau yang busuk. mungkin mereka ini dari tempat kerja seperti dari kebun, pasar , bengkel atau pemandu kenderaan berat yang tidak menukar pakaiannya untuk bersolat.
Sedangkan dia akan berdiri di hadapan Allah s.w.t ,tetapi sekiranya dikehendaki mereka menghadap ketua atau majikannya dengan berpakaian tersebut tentu dia akan menolak.
Allah menyuruh para hambaNya supaya berhias ketika hendak pergi ke masjid. Allah s.w.t berfirman surah Al - A'raf : 32 bermaksud :
" Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat ( atau mengerjakan sembahyang dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas"
Bahkan nabi Muhammad s.a.w bersabda " Apabila salah seorang dari kamu semua solat, hendaklah dia memakai pakaiannya.Kerana Allah Taala lebih membenarkan ( perbuatan ) seseorang yang berhias untuk Nya ".
(maklumat dipetik dari Irsyad As -Salikin Ila Akhta'il Musallin - 400 kesalahan dalam solat )
99
Sabtu, 6 Ogos 2011
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan